Komited Menyajikan Kupasan Berita Viral Masa Kini.

Sunday, March 12, 2017

Pengacara WHI Hazrena Kassim Melecur Teruk Terkena Air Panas Ketika Siaran Langsung




Saturday, March 11, 2017

Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

 on Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT
Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Betul ke klu kena KAYAP & dia pusing satu ROUND badan anda & bila bertembung..pasti anda akan MATI. Kalau dia pusing dua roundhe! he! anda HIDUP kembalihe he he!
Nak tau dak, suatu pagi di Klinik docseorang pemuda masuk bilik consultant doc dalam kesakitan & kena KAYAP gelembung menular di bahagian kanan badan serta memegang Surah Yasin. Doc tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni!!. Dia kata: Doc; betul ke depa kata; saya akan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan saya nanti. Tolong doc saya muda lagi; belum kahwin lagi. Doc hihihi SENYUM KAMBING je dengar kesedihannya!!kecian doc tengok air mukanyasungguh DOWN perasaannya!!
Betul ke kata Pemuda tu?? Pernah dalam hidup anda pi ZIARAH JENAZAH mati kerana KAYAP??.TIADA nuMaka itu MITOS je.
MITOS KAYAP:
  1. Bila satu hujung kayap bertemu dengan satu hujung lagi.maka MATI le anda. Doc sampai lani tak pernah pi ziarah orang mati kerana kayap seumur hidup doc. Anda ada tak?
  2. Jangan makan ubatbiar kayap tu keluar habis. Doc nak tanya anda; yang nak sakit tu orang yang kena kayap ke atau yang bagi nasihat kepada kita yang tak betul ni.Lagi kayap merebaklagi le sakit.
  3. Bila dah jadi parut dan parut tu sakitdikata pula sebab kayap tu karam dalam badan & tak keluar habis. Sebenarnya yang sakit ialah saraf kita yang di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!
  4. Jangan makan buah/sayuran menjalar/berjalur (eg: tembikai, timun, labu) hihihi nanti parut anda jalar macam harimauhihihihi.
  5. Tak boleh dengar org goreng lauk, atau mkn mknn goreng & gatalnanti kayap anda lagi sakit & gatal teruk..kesihan nu!!
ILMU doc nak bagi sikit hal KAYAP.
Doc panggil Kayap sebagai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila KULIT & SARAF anda diserang Virus Varicella Zoster. Virus ni serang kulit DERMATOME & urat saraf KIRI ATAU KANAN je & menyebabkan keradangan saraf tersebut yang buat anda sakit teramat sangat. Kulit anda terjadi kebas & panas.
Lepas 3 -5 hari, terdapat tompok-tompok KEMERAHAN yang menyakitkan atas kulit anda. Lepas 1 2 hari, timbul GELOMBONG air yang kecil. Cecair tu leh jadi KUNING bila infeksi dengan kuman. Akhirnya gelembong tu jadi kering. Kulit kering melupas sendiri dalam 1 -2 minggu. Kemudian tinggal le PARUT di kulit.
**Doc nak bgi peringatan:
KAYAP HANYA JADI DI SEBELAH KIRI atau KANAN BADAN/ MUKA je. TAK AKAN BERTEMBUNG..he he he Tok nek kita suka melawak je, kata bila bertembung MATI le kita. Tau dak, kita nak mati anytime bukan kerana kayap nu.
  1. Jika kayap melibatkan muka, ia libat SEPARUH MUKA kanan atau kiri. Kalau kayap masuk MATA menjadi buta. Kalau kena otot & saraf muka kepala kita. Otot muka anda akan lumpuh (facial palsy).
  2. Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:
  • otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
  • usus (enterocolitis).
Ni Komplikasi jika anda kena Kayap :
Ada parut dikulit bekas kayap tu.
-Ada kesakitan pada bahagian urat saraf yang kena kuman kayap dalam jangka panjang.
Rawatan:
1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate atau calamine lotion untuk keringkan gelembong air kayap. Ada yang colek gelembung kayap bagi cepat kering.
2. Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac.
3. Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
4. Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.
Rawatan traditional boleh je guna. Tapi tiada Medikal Proof je. Kalau tak kesan.tanggung sendiri le/stop je. Ada yang Sapu kapur, pucuk delima; melur, mambu, ubi dan bedak. Guna le cara rawatan apa yang anda sukaOK je!!
Sumber:- Dr. Abdul Rahim

Kehilangan Intan Ladyana Akhirnya Terjawab! Dah Agak Dah Itu Puncanya..



Kehilangan Intan Ladyana Akhirnya Terjawab! Dah Agak Dah Itu Puncanya..



PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.

Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.

"Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.

"Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.
i  
"Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya," katanya kepada mStar Online.
Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.

Dalam pada itu, Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.

Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.

"Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.

"Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak," katanya.

Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/06/17/intan-ladyana-hilang/~/media/637d089dda4342e9aa4ac0bc30b50d25.ashx?la=en

Kamal Adli.
Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

"Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.

"Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.

Bagaimanapun  dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.

"Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.

"Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon," ujarnya.

Abg Motor CUAK Takde Duit Isi Minyak. Lihat Siapa Allah Hantar Untuk Bantu.. TAK SANGKA !!!

 Abg Motor CUAK Takde Duit Isi Minyak. Lihat Siapa Allah Hantar Untuk Bantu.. TAK SANGKA !!! | Sejak petrol turun naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.


Sekadar Gambar Hiasan.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap ..
“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, “eh apesal?”
Dia jawab dalam menahan sebak.
“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,”
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
“Dah tertulis rezeki awak,”
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak. Kredit FB Pnut Syafinaz

Friday, March 10, 2017

Sedih! Inilah Pasukan Terbaru Yang Akan Disertai Pemain JDT Harris Harun

Sebelum ini Harris Harun di khabarkan telah di hantar oleh Johor Darul Ta’zim FC untuk beraksi di Sepanyol bersama Centre d’Esports L’Hospitalet.
Namun semalam, laman ‘facebook’ rasmi Johor DT mengumumkan mereka telah menminjamkan pemain tengah tersebut ke pasukan Liga Singapura, Home United.
Terdapat dua sebab yang kami terima berkaitan kepulangan Harris dari Sepanyol. Salah satunya adalah kerana hal cukai pasukan tersebut.
Masalah Centre d’Esports L’Hospitalet
Harris telah menjalani latihan bersama Centre d’Esports L’Hospitalet. Namun sewaktu proses pendaftaran, kelab Sepanyol tersebut menyedari bahawa mereka tidak boleh menandatangani mana-mana pemain sehingga tanggungan cukai sedia ada diselesaikan.
Kelab tersebut akan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin dan Hariss secara rasmi menyertai semula CE L’Hospitalet pada permulaan latihan pra-musim pada bulan Jun.
Menerusi pengarah kelabnya Alistair Edwards, Johor DT mengucapkan terima kasih kepada Home United yang menerima kehadiran Harris.
Isu Visa
Ini juga merupakan antara sebab Harris tidak dapat beraksi di Sepanyol. Setelah berminggu minggu berlatih di sana, Harris gagal menyelesaikan masalah visa beliau untuk beraksi secara professional di sana.
Jadi untuk seketika ini, Harris Harun bakal beraksi dalam Liga Singapura sahaja dan beliau di jangka tidak dapat beraksi bersama Home United dalam saingan Piala AFC, hal ini kerana tarikh pendaftaran telah tamat.

Anda MASIH Ingat Kepada SITI MUSLIHA, PELAKON AIR MATA Suatu KetikaDAHULU ??? Pasti Anda Terkejut Dengan Kehidupan TERKINI Siti MuslihaPenyanyi Yg VIRAL 20 Tahun Dahulu!!!












(TRENDING) Nak Sangat Ke Duit Aku?? Panas! Akhirnya Che Ta BukaMulut Isu Tak Bayar Cukai Buat Orang Ramai Terdiam! Memang Betul ApaChe Ta Cakap!!


Tidak dapat meraikan ulang tahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana di London kerana cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen dan ada yang mendakwa Che Ta tidak pernah membayar cukai.

Enggan orang ramai terus salah faham, Che Ta menjelaskan beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk membayar cukai yang dikenakan.

Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu.  Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya.

Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya.  Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini.

Che Ta  sebenarnya sudah melantik ejen percukaian untuk memudahkan segala urusan berkaitan cukai. Che Ta harap dengan pelantikan tersebut, ia dapat membantu beliau menyelesaikan masalah berkenaan.

Saya menyerahkan 100 peratus urusan pembayaran cukai kepada ejen yang dilantik. Sehingga ini, sudah tiga khidmat ejen percukaian berbeza saya gunakan untuk tujuan itu.
Ejen pertama dan kedua tidak melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Saya harap ejen ketiga ini boleh membantu saya keluar daripada masalah itu.



Harapnya Che Ta dapat menyelesaikan masalah cukai tertunggak beliau. Netizen juga janganlah cepat membuat andaian, kadang-kadang bila fikir hal cukai ini memang serabut, kami pasti anda juga pernah melalui hal berkenaan bukan? Tidak semua artis yang lupakan tanggungjawab mereka kepada negara . Heh..